Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seminar Digital Melaka berakhir petang tadi setelah berlangsung selama tiga hari bermula dengan Seminar Facebook diikuti dengan Seminar Blogger dan Seminar Internet Marketing. Pelbagai ilmu,idea dan maklumat telah pun disampaikan oleh para penceramah jemputan.Pada kali ini peserta amat bertuah apabila dapat mendengar sendiri ceramah yang disampaikan oleh En Syukor Hashim, seorang yang telah berjaya dalam Internet Marketing dan pemilik http://www.jutawanemas.com. Jutaan terima kasih juga kepada En. Nasrul Amri Samsudin, penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook(http://www.rahsiapemasaranfacebook.com) yang juga CEO kepada Xadira. Selain itu penghargaan dan terima kasih juga kepada En. Noor Shufaad Md Norani, seorang yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui Internet Marketing dan Blogging yang juga pemilik http://www.shufaad.com. Juga kepada En. Mohd Rahshidi, pemilik Nice IT Sdn. Bhd. dan http://www.mrshidi.com. Mereka-mereka di atas telah sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka bersama peserta-peserta seminar. Penghargaan juga diberikan kepada Pihak penganjur iaitu Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka di atas penganjuran seminar ini. saya berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment