Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seminar Digital Melaka berakhir petang tadi setelah berlangsung selama tiga hari bermula dengan Seminar Facebook diikuti dengan Seminar Blogger dan Seminar Internet Marketing. Pelbagai ilmu,idea dan maklumat telah pun disampaikan oleh para penceramah jemputan.Pada kali ini peserta amat bertuah apabila dapat mendengar sendiri ceramah yang disampaikan oleh En Syukor Hashim, seorang yang telah berjaya dalam Internet Marketing dan pemilik http://www.jutawanemas.com. Jutaan terima kasih juga kepada En. Nasrul Amri Samsudin, penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook(http://www.rahsiapemasaranfacebook.com) yang juga CEO kepada Xadira. Selain itu penghargaan dan terima kasih juga kepada En. Noor Shufaad Md Norani, seorang yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui Internet Marketing dan Blogging yang juga pemilik http://www.shufaad.com. Juga kepada En. Mohd Rahshidi, pemilik Nice IT Sdn. Bhd. dan http://www.mrshidi.com. Mereka-mereka di atas telah sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka bersama peserta-peserta seminar. Penghargaan juga diberikan kepada Pihak penganjur iaitu Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka di atas penganjuran seminar ini. saya berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Thursday, February 11, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Bengkel/Seminar/Kursus/Ceramah/Taklimat
Assalamualaikuma..salam sejahtera..hari ni ada seminar/bengkel blogger kat Rumah Media Melaka anjuran Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka....seronok dapat mempelajari benda baru bersama rakan-rakan yang lain. Tapikan...sejauh mana kita sebagai peserta memanfaatkan ilmu yang ditimba untuk tujuan kebaikan kita bersama. Banyak kita dengar kalau ada je seminar memang ramai jadi peserta tapi berapa ramai yang ikhlas datang ke seminar/bengkel atau apa-apa program ilmu. ataupun sekadar ikut arahan bos atau nak cukupkan kuota kursus/seminar/bengkel tahunan terutama untuk orang yang bekerja dengan Jabatan Kerajaan..macam mana agaknya kita nak meningkatkan tahap KEIKHLASAN hati dalam menghadiri sesuatu majlis ilmu ni. Bagi aku menghadiri sesuatu kursu.seminar/bengkel bukan saja nak cukupkan kuota kursus tahunan jer..tapi mungkin ada maklumat dan ilmu yang sangat-sangat berguna untuk kita gunakan seharian..aku pun kadang-kadang malas juga nak pergi tapi bila fikir-fikir balik mungkin ada benda baru yang menarik yang mungkin aku perlukan satu hari nanti. Fikir dan cubalah muhasabah diri kita...
Subscribe to:
Posts (Atom)
